Jangan Bertindak Melampau Pada Sasterawan Negara A Samad Said

ASamadSaidPAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap sasterawan negara A Samad Said.

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad Said sangat menghinakan.

Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan?

Ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui Bersih telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.

080408_SHABERYKerajaan BN disaran jangan cuba mengalih perhatian daripada isu peningkatan harga minyak dengan memangsakan Pak Samad dengan apa-apa jua alasan.

Apakah dengan membawa bendera lain dianggap hina bendera negara? Banyak himpunan yang membawa pelbagai bendera negara lain – itu bukan bermakna menghina bendera negara sendiri.

Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh diguna bagi menjernihkan keadaan.

Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja adalah sasterawan negara, malah kini terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuangkan prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan.

ustaz_tuan_ibrahim_tuan_manPemimpin Umno-BN seperti Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek patut mengadakan dialog bersama Pak Samad dan bukan mencemuhnya di media.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat