Pencerobohan Al-Aqsa: Malaysia Digesa Suarakan Pembelaan

Israel-2013-Jerusalem-Temple_Mount-Al-Aqsa_Mosque_(NE_exposure)KENYATAAN MEDIA PAS
6 November 2014/ 13 Muharam 1436
Pencerobohan Al-Aqsa: Malaysia Digesa Suarakan Pembelaan

1. Parti Islam Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan pihak tentera negara haram Israel yang telah menceroboh dan menggempur ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa dalam perkembangan terkini yang berlaku sejak pendudukan haram Israel dari tahun 1967. Tindakan ganas pihak Israel ini dimulakan dengan menghalang umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat, menhalang semua pelawat dari masuk, dan dalam masa yang sama pihak Israel membenarkan rakyat negara haram Israel memasukinya.

2. Biarpun dikecam dan menerima kutukan seluruh manusia sejagat, hingga kini Zionis Israel tetap tidak pernah berhenti melakukan keganasan dan terus menekan umat Islam Palestin.
3. PAS konsisten untuk menyatakan bahawa penindasan ini wajib dihentikan menerusi peranan ketenteraan semua negara di bawah PBB, OIC dan Liga Arab setelah nyata Israel berdegil dan tidak tunduk kepada diplomasi sebarang teguran dan perjanjian.
4. Secara khusus, Malaysia yang sering mengaku sebagai negara Islam contoh, perlu ke hadapan untuk mendesak pertubuhan-pertubuhan dunia tersebut untuk segera menghalang Israel melakukan pencerobohan ke atas al-Aqsa.
5. Malaysia juga perlu menggesa kerajaan negara-negara OIC untuk menghentikan sebarang hubungan dagang dan memutuskan diplomatik dengan Israel serta merta sebagai bukti keimanan dan persaudaraan kepada saudara di Palestin.
6. Sesungguhnya tidak beroleh sebarang faedah umat Islam menjalin hubungan dengan bangsa dilaknati ini setelah Allah mengisytiharkan pemutusan antara mereka dengan umat Islam sejak lebih 1400 tahun lalu. Apatah lagi membiar diri menjadi boneka atau diperalatkan untuk kepentingan mereka.
HADI-AWE7. Para pemimpin, kerajaan dan seluruh umat Islam wajib menyedari bahawa tanggung jawab membela, menebus dan mempertahankan bumi al-Aqsa itu adalah kefarduan jihad dan maruah kepada semua Muslim, bukannya perjuangan penduduk Palestin dan Jurusalem sahaja.
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS