Sajak – Madah Seratus Perkataan.

madah100perkataanSubhanallah.

Sekitar tahun 1300s, Maharaja Hongwu iaitu Maharaja pertama Dinasti Ming di China sangat menyanjungi Nabi Muhammad ﷺ . Beliau telah menngarang sebuah sajak yang di namakan “Madah Seratus Perkataan” malahan beliau telah memerintahkan supaya kesemua masjid di China untuk menggantungkan sajak ini dan jika kita pergi ke China kini, kita masih dapat melihat sebahagian masjid di sana masih menggantungkan sajak ini. Sajak ini adalah seperti berikut :-

Sejak terciptanya alam semesta ini,
Tuhan telah menetapkan pelantikan,
Seorang pendakwah lelaki agung,
Baginda dilahirkan dari barat,
Baginda menerima wahyu agung,
Buku yang mengandungi 30 bahagian (juz),
Untuk membimbing semua makhluk,
Tuan kepada semua raja,
Pemimpin yang tersuci,
Dengan bimbingan dari atas,
Untuk melindungi negaranya,
Bersama dengan solat 5 waktu,
Dalam diam mengharap keamanan,
Hatinya hanya kepada Allah,
Mengangkat darjat si miskin,
Menyelamatkan mereka dari sengsara,
Melihat melalui kegelapan,
Menarik jiwa & roh,
Dari semua kesalahan,
Rahmat kepada sekalian alam,
Menyelusuri rahsia silam,
Memadam segala kejahatan,
Agamanya Suci dan Benar,
Muhammad,
Yang dihormati dan terhebat.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Madah_Seratus_Perkataan